Negeri Terengganu yang terletak di timurlaut Semenanjung Malaysia mempunyai kawasanseluas 13,000 kilometer persegi, menganjur dari kawasan pergunungan di barat hingga ke persisiranbu negeri Terengganu yang sedang berkembang pesat merupakan tempat yang paling baik untuk anda memulakan pengembaraan di negeri yang indah ini. Terletak di muara Sungai Terengganu, Kuala Terengganu dihiasi dengan pantai yang indah dan menganjur ke semua arah serta memiliki bangunan yang berbagai bentuk. Bermula dengan sebuah bandar kecil bagi nelayan, ibu negeri ini berkembang pesat sebaik sahaja terjumpanya sumber minyak di kawasan pantai beberapa tahun lalu. Anda akan menyaksikan suasana yang berbeza antara pencapaian moden dengan perkembangan nilai-nilai Islam berciri tradisional seperti Masjid Negeri Zainal Abidin.
Hutan semulajadi Terengganu merupakan salah satu dari kawasan Taman Negara yang berusia kira-kira 130 juta tahun. Hutan yang menjadi habitat berbagai spesis flora dan fauna ini menjadi satu daya tarikan kepada peminat alam semulajadi. Pengembaraan di sini akan menjadi pengalaman yang sungguh menarik dengan merasai kesegaran udara hutan yang nyaman, dihiburkan pula oleh siulan burung-burung. Dengan suasana yang tenang dan keadaan hutan hujan yang segar, pemandangan di Sekayu yang memiliki tujuh peringkat aliran air terjun bukan sahaja indah malah menjadi satu khazanah alam semulajadi. Airnya yang sejuk mengalir menjadikannya satu tarikan yang tak mungkin dilepaskan dan nikmatilah cabaran keasyikan di hutan malar hijau tropika.
Sebagai bangunan yang mempunyai rekabentuk yang sangat menarik, Istana Maziah bukan hanya sebagai tempat upacara perkahwinan dan sambutan keputeraan Diraja, penganugerahan darjah kebesaran dan menyambut tetamu khas, malah ianya juga menjadi daya tarikan kebudayaan. Istana Maziah terletak berhampiran dengan Bukit Puteri. Terdapat juga padang golf di Terengganu sebagai satu acara sukan yang sungguh mencabar.
Pulau-pulau dan pantai Terengganu sudah semestinya untuk anda kunjungi kerana pasir pantainya putih berseri, kepanasan cahaya matahari yang menyinar dan keadaan langitnya yang membiru. Di pantai inilah anda akan mengalami keindahan terumbu persisiran dan kepelbagaian hidupan laut. Yang pasti, ianya menjanjikan kepuasan kepada para penyelam.
Dikenali sebagai tasik buatan yang tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara . Empangan Kenyir menawarkan pemandangan saujana kepada lebih 300 buah pulau di sekitarnya. Dengan keluasan kawasan berairnya 369 kilometer persegi, ianya menjadi daya tarikan kepada aktiviti memancing dan bersampan, malah merupakan rempat riadah yang jauh dari kesibukan kota.
Selain dari tempat tumpuan penyu bertelur, Pantai Rantau Abang juga terkenal dengan keindahan semulajadi. Lambaian daun kelapa di persisiran pantai, pasir yang memutih, laut yang tenang untuk menyamankan anda. Panorama yang pasti mengkagumkan anda.Pantai Batu Buruk ialah salah sebuah tempat yang paling popular di Kuala Terengganu. Pangkalan Budaya sebagai pusat kesenian Negeri Terengganu terletak di pantai Batu Buruk ini. Di sini anda akan berpeluang menyaksikan berbagai aspek kesenian Negeri Terengganu yang mempesonakan seperti seni silat, tarian tradisional dan kesenian permainan masyarakat Melayu di masa lapang setiap hujung minggu.
Jambatan SultanMahmud di Terengganu adalah jambatan moden yang digabungkan dengan rekabentuk tradisional. Ianya terletak di bandar yang kecil tetapi mempunyai perancangan yang menarik. Jambatan ini merentangi Sungai Terengganu dan tiga buah pulau yang menjadikannnya jambatan yang kedua panjang di Malaysia.
Suterasemai di Chendering, yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu merupakan pusat perintis bagi tenunan sutera di Malaysia. Di sini sutera lukisan tangan dan rekabentuk batik digabungkan untuk menghasilkan sutera emas. Hasilnya terbentuklah bahan sutera yang sangat indah dan bermutu termasuk pakaian wanita dan batik.
Selamilah sendiri sejarah Negeri Terengganu di Muzium Negeri yang terletak di Kampung Losong. Kesan-kesan sejarah lama yang sungguh menakjubkan akan menggambarkan keadaan silam yang mengkagumkan. Dan pameran ini melambangkan kekayaan Negeri Terengganu secara tersendiri.

Industri-industri moden di Terengganu seperti pengeluaran toksid dan besi keluli bilet telah menyediakan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada sejumlah penduduk di negeri ini. Selain dari industri moden ini, Terengganu juga terkenal dengan industri pembuatan bot dan menangkap ikan secara tradisional.
Fakta Geografi.
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman).
Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu. Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam - Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah.
Keluasan daerah tersebut :-
Kuala Terengganu - 60,654.3 hektar
Kemaman - 253,559.9 hektar
Dungun - 273,503.1 hektar
Marang - 66,654.3 hektar
Hulu Terengganu - 387,462.6 hektar
Setiu - 130,436.3 hektar
Besut - 123,367.8 hektar
Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang. Pada tahun 1951 seramai 236,300 orang. Seterusnya meningkat lagi pada tahun 1959 ke angka 278,147 orang dan tahun 1960 seramai 306,942.
Pada tahun 1963 berjumlah 339,816 orang dan pada tahun 1970 berjumlah 405,751 orang. Jumlahnya terus meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini ( 1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India.
Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi ialah perikanan. Hasil petrolium menguatkan lagi ekonomi negeri.
*Sumber dari
1.http://www.trglib.gov.my
2. http://www.terengganu.gov.my/
Asal-usul nama Terengganu
Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi dilangit. Mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya".
Sementara itu "Taring anu" dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar (1839 - 1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu terjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu" . Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu" .
Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu. Sebuah kisah lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulang-alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan sama ada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana, mereka akan jawab sama ada ke "Terengan ni" atau "Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.