Terlalu banyak yang boleh diterokai jika anda meluangkan masa memandu di jalan persisir pantai menuju ke pantai timur.Selain dapat menikmati pemandangan indah kehidupan perkampungan nelayan, pengunjung juga dijanjikan hidangan tradisional Terengganu pada harga yang berpatutan.Terletak berhampiran pekan Kemasik, pantai ini sering menjadi tumpuan pengguna jalan raya yang dalam perjalanan antara Kuantan dan Kuala Terengganu.Anda pastinya teruja melihat persisiran pantainya yang panjang dengan bukit batu berhampiran gigi air menjadikannya kelihatan seperti berada di pulau peranginan.Pantainya juga agak unik dengan dua kawasan teluk dan agak landai sesuai dijadikan latar pemandangan untuk sesi fotografi.Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sama ada hanya bersantai di bawah pokok di tepi pantai atau mandi-manda bersama ahli keluarga.Kawasan pantai yang sedikit landai juga membuatkan anda tidak perlu risau jika anak kecil mahu bermain di gigi air.Bagi orang bandar yang tidak pernah tahu mengenai kehidupan masyarakat nelayan, inilah masanya untuk meninjau cara hidup mereka.Suasana juga amat meriah apabila nelayan keluar mencari rezeki dan menaikkan hasil tangkapan pada pagi hari.Ada masanya, pantai ini turut menjadi tumpuan pelancong asing termasuk pengembara backpackers. Kebanyakan mereka mengisi masa berjemur sambil menatap bahan bacaan atau berendam dalam air laut.Jika tidak mahu berkelah, anda boleh memilih pelbagai makanan laut dan makanan tempatan di gerai berdepan kawasan pantai.Jika kunjungan anda kena pada masanya, anda akan dapat melihat kemeriahan warga tempatan yang mencari remis di gigi pantai menggunakan peralatan tradisional, terutama selepas musim tengkujuh pada akhir tahun.Gunakan Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Terengganu. Apabila anda tiba di sempadan Pahang dan Terengganu, anda akan melepasi Kemaman. Pandu terus menghala pekan Kijal dan perhatikan papan tanda ke Pantai Kemasik. Ambil kanan selepas melihat papan tanda untuk ke pantai ini.
View Larger Map
There have strong identity of this place..the design comes as a part of this nature..it's was awesome!!comes and feel it...it's was amazing!!
BalasPadamNice fotoshoot bro..keep it up..
BalasPadamINFINITY...THAT IS WHAT WE CAN SAY..THE DECK IS PART OF SERIES OF TIMBER STRUCTURES THAT BUILD A COHERENT IDENTITY..FEEL THE BREEZE..FEEL THE SOUND..U WILL KNOW IT..
BalasPadam