Kembali Laman Utama

Rabu, Ogos 18, 2010

Puncak Panorama Bukit Pak Apil destinasi terunggul.





















































































































































Konsep pembangunan yang dimaksudkan bagi pembangunan Taman Puncak Panorama adalah berdasarkan kepada sumber sediada iaitu “panorama”atau pemandangan yang diadaptasikan dengan hutan semulajadi sediada untuk mewujudkan satu kawasan rekreasi dan riadah serta menyediakan destinasi pelancongan terbaru di Bandaraya Kuala Terengganu amnya.

Daya Tarikan – Taman Orkid
Aktiviti yang disediakan:
Keluasan Taman Orkid ini dipenuhi oleh kepelbagaian spesis orkid dari kawasan berbukit sehinggalah ke kawasan terbuka untuk menyesuaikan kepelbagaian pembiakan spesis orkid. Taman orkid ini akan menyediakan sekurang-kurangnya 200 spesis dari kumpulan Mokara, Dendrobium, Vanda, Aranthera, Renantanda, Aranda dan Garammatophylum speciosum (Tiger Orchid).

1) Taman Orkid.
Orchid Guide Tour.
- Pemilik atau pengurusan bagi taman orkid ini boleh membuat lawatan dengan kapasiti 20 org dalam satu perjalan.
- Mengenal spesis-spesis yang terdapat di Bukit Pak Apil
- Showroom dan Demo Nursery
2) Shopping in the Garden .
- Pengurusan Taman Orkid ini boleh menjual spesis-spesis orkid kepada orang ramai di galeri Taman Orkid Bukit Pak Apil
3) Educational
- Mewujudkan pembelajaran kepada pengunjung mengenali spesis-spesis orkid yang terdapat di Malaysia.
- Kelas pembelajaran Orkid kepada Orang Dewasa. Kelas ini dianjurkan pada hujung minggu dengan kapasiti 6 orang.
4) Orchid seed sowing
- Mewujudkan tempat pembiakan pelbagai spesis orkid dimana pengunjung atau orang awam boleh mendapat nasihat pakar dan meminta pengurusan untuk membiak spesis yang dibawa oleh orang awam.
5) Events
- Pengurusan Taman orkid juga boleh mewujudkan pelbagai ‘events’ kepada badan-badan korporat dan agensi-agensi tertentu seperti
a) Majlis Perkahwinan
b) High Tea, Makan Malam dan sebagainya.
c) Food/Orchid Festival

Daya Tarikan – Restoran Panorama
Aktiviti yang disediakan:
Berkeluasan 900m2, berkonsepkan traditional, restoran ini bakal menyediakan pelbagai jenis masakan dengan mewujudkan senario pemandangan ke arah Bandar Kuala Terengganu. Pengelola atau pengusaha Restoran Panorama ni kelak bakal menyediakan masakan tradisi, Makanan Barat dan Makanan Laut. Restoran ini kelak boleh menampung 200 orang dalam satu majlis.

1) Events
- Pengurusan Restoran Panorama dan Pengurusan Taman orkid boleh berkerjasama dengan mewujudkan pelbagai ‘‘events’” kepada badan-badan korporat dan agensi-agensi tertentu untuk pelbagai acara, antaranya:
a) Majlis Perkahwinan (Sewaan Dewan Makan Utama)
b) High Tea, Makan Malam (Garden Dining) dan
c) Sambutan Hari jadi serta sebagainya.

2) Panorama Deck.
- Bersesuaian dengan konsep panorama, restoran ini menyediakan ruang makan yang menghadap ke arah pemandangan bandaraya kuala terengganu. Penyediaan ruang makan terbuka disediakan untuk kemudahan orang ramai menikmati pemadangan sambil menikmati hidangan.

3) Kemudahan Restoran
- Pengurusan Restoran perlu mewujudkan satu restoran yang berkonsepkan executive kepada pengunjung dengan penyediaan tempat makan yang exclusive dan menarik.

View Larger Map

Tiada ulasan:

Catat Ulasan