Kembali Laman Utama

Rabu, September 22, 2010

Daerah Marang

Latar Belakang Marang
 Daerah Marang sebelum tahun 1985 merangkumi 4 buah mukim sahaja iaitu mukim Rusila, Pulau Kerengga, Jerung dan Merchang dengan penduduknya berjumlah seramai 54,996 orang. Mulai 1 Januari 1985 Daerah Marang telah diperbesarkan denagn menambah 2 buah mukim baru iaitu Mukim Bukit Payong dan Mukim Alur Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu. Luas kawasannya ialah 43.10km persegi yang mengandungi 13 buah kampung.
Walau bagaimanapun pada 15 Februari 1996 kawasan Majlis Daerah Marang telah diperluaskan ke keseluruhan Daerah Marang merangkumi kawasan 666.54 km persegi. Mulai 15 Februari 1996 kawasan Majlis Daerah Marang merangkumi kawasan seluas 666.54 km persegiYang terdiri daripada 6 mukim, iaitu:
Rusila
Pulau Kerengga
Merchang
Jerong
Bukit Payung
Alor Limbat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan