Hutan Lipur Lata Tembakah juga merupakan antara destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dan ia terletak kira-kira 12 kilometer dari Kampung La.Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Diterokarp Bukit. Hutan lipur ini mempunyai pelbagai flora dan fauna. Spesies pokok-pokok yang utama yang terdapat di sini ialah Meranti dan Keruing. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapatnya air terjun bertingkat-tingkat setinggi 50 m. Di samping air terjun terdapat beberapa buah jeram dan kolam-kolam kecil sesuai untuk bermandi-manda.Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki.Terletak di Hutan Simpanan Pelagat dalam daerah Besut. Ianya merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24km dari jerteh dan 130km dari bandar kuala terengganu.Kawasan hutan lipur ini mula dimajukan dalam tahun 1987. Ianya mendapat tarikan pengunjung - Pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat disini seperti tumbuh-tumbuhan hutan semulajadi, sungai yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk tujuan berkelah sama ada secara bersendirian, bersama keluarga atau pun secara berkumpulan.Hutan Lipur Lata Tembakah menawarkan kepada para penghujung sebuah air terjun 7 tingkat, yang mana peringkat yang paling tinggi adalah 50 meter. Ia juga mempunyai kawasan-kawasan yang airnya dingin dan jernih sesuai untuk bermandi-manda atau bermain-main. Kecantikan semulajadi kawasan persekitaran turut menambahkan kepada suasana yang nyaman dan menyegarkan.Para pengunjung juga boleh berkemah disini. Terdapat beberapa kawasan berkhemah yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti pondok-pondok memasak dan tandas awam.Kepada para pengunjung yang gemarkan cabaran, mereka boleh merentas denai hutan asli yang luas dan cantik ini. Mereka akan kagum dengan kecantikan alam semulajadi di sini.Untuk rekreasi yang sederhana, lorong-lorong jalan kaki dan juga tangga-tangga konkrit disediakan untuk kemudahan para pengunjung bersiar-siar di kawasan hutan lipur ini sambil menikmati udara nyaman.Bagi pengunjung-pengunjung yang ingin bermalam, terdapat 6 unit chalet ( 1 bilik ) dan 1 unit rumah rehat ( 2 bilik ) yang dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur dan bilik mandi.
View Wedding Shooting Spots in a larger map
Tiada ulasan:
Catat Ulasan