Lapangan terbang Sultan Mahmud ini bercirikan seni rekabentuk tradisional Terengganu. Ianya kaya dengan anjung-anjung, pemeleh yang sinonim dengan rumah Terengganu, hiasan Janda Berhias dan fascia berukir yang menarik. Tapak binaan asal akan dijadikan `parking bay' untuk menempatkan lebih pesawat untuk dikendalikan. Keluasan parking bay yang baru dapat memuatkan 2 buah pesawat B747 dan dua lagi B737. Disamping kemudahan tersebut, bangunan baru yang bagaikan Istana Hinggap terdiri megah sebagai Kompleks DiRaja / VVIP untuk melambangkan kesetiaan rakyat Terengganu kepada institusi DiRaja yang dilihat sebagai payung rakyat jelata selagi ianya bersikap adil dan bijaksana. Bangunan cantik ini di hubungi ke Bangunan Terminal dengan `transfer corridor'. Kemudahan lif dan escalator disediakan. Kemudahan OKU juga tidak ketinggalan melambangkan semangat `caring' Malaysia. Di luar Bangunan Terminal, kerja-kerja membina kolam air dan Cafe Terapung sedang dijalankan sesuai dengan Bandarraya Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Pesisir Air. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Sultan Mahmud Airport Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu Terengganu 21300 Malaysia, Kuala Terengganu 21300, Terengganu tel: 609-6663666 fax: 609-6663048
View Larger Map
Tiada ulasan:
Catat Ulasan