Pantai Bukit Keluang terletak diantara sempadan Terengganu dan Kelantan yang berhampiran dengan bandar Kuala Besut. Pengunjung dapat menikmati pemandangan yang sangat cantik dan dapat melihat beberapa buah pulau dari pesisir pantai ini. Pantai ini amat sesuai dijadikan tempat untuk berkelah bersama keluarga dan rakan- rakan kerana terdapat gua-gua kecil yang boleh dijadikan tempat untuk bersantai. Selain menjalankan aktiviti pantai, pengunjung juga boleh menjelajah gua dan mendaki Bukit Keluang. Keistimewaan pantai ini ialah terdapat tempat berjalan yang diperbuat daripada kayu diantara gua dan pantai. Terdapat banyak pilihan untuk penginapan antaranya chalet, resort dan hotel.
View Larger Map
Tiada ulasan:
Catat Ulasan