Kembali Laman Utama

Sabtu, September 18, 2010

Pengangkutan Bas cas ligas





Perkhidmatan bas awam ini diwujudkan bagi menaiktaraf sistem pengangkutan awam di Negeri Terengganu dengan menyediakan perkhidmatan bas bandar. Bas bandar ini mengekalkan ciri-ciri dan rekabentuk warisan negeri Terengganu.Rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.

Bas dilengkapi dengan alat penghawa dingin bagi keselesaan penumpang serta dilengkapi dengan mesin tiket elektronik untuk memudahkan pembayaran tambang bas.

Laluan operasi adalah seperti berikut:-
i) Laluan Chendering
Taman Shahbandar - Stesen Bas Mbkt - Hospital - Hotel Permai Inn - Kuala Ibai - Masjid Terapung - Permint Jaya - Uitm - Chendering

ii) Laluan Taman Tamadun Islam
Taman Shahbandar - Stesen Bas Mbkt - Hotel Sri Malaysia - Pulau Kambing - Jpj - Mydin Mall - Spg. Tok'ku - Losong - Muzium - Taman Tamadun Islam.

iii) Laluan Batu Enam/ Gong Badak
Taman Shahbandar - Stesen Bas Mbkt - Menara Permint - Jln Tok Lam -Wisma Darul Iman - Gong Kapas - Kompleks Seri Iman - Mydin Mall - Duyung -Bkt. Tunggal - Batu Enam - Wakaf Tembesu - Umt - Udm - Gong Badak.













    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan