Kembali Laman Utama

Khamis, September 30, 2010

Rumah Tradisional Tengku Bentara Raja





























Sebenarnya, Wan Abdul Rahman bin (Tun) Tuan Encik/Wan Dagang @ Wan Sulaiman bin Tun Abdul Jamal (Tun Abu) Bendahara Seri Maharaja Indera Bongsu Trengganu. Beliau mendapat gelaran dari istana zaman Sultan Omar sebagai Panglima Wan Man Balik Bukit atau Orang Kaya Megat Seri Mahkota Dato' Hj Wan Abdul Rahman. Beliau adalah Panglima yg terlibat semasa Perang Orang Kemaman dan Perang Besut. Makam Panglima Wan 'Abdul Rahman ada di Masijd Jamek Kemaman Trengganu. Sumber dari hasil temubual Wan dengan Tengku Bentara Diraja Terengganu di Istana Badariah pd bulan Dis yg lalu ,Tun Suzana bin Tun Hj Othman , waris di Kemaman dan Christopher buyers(royalark).Bonda Hj Wan Ngah adalah Tengku Halima binti Sultan Abdul Rahman ibini Sultan Zainal Abidin II ibni Sultan Mansur Riayat Shah I. Tengku Halima telah melahirkan Wan Ngah di istana Kg Balik Bukit Kuala Trengganu merupakan istana lama peninggalan Sultan Mansur Shah II (bapa saudara Tengku Halima dan juga bapa tiri beliau setelah Sultan Abdul Rahman mangkat). Tengku Halima @ Tok Gobek inilah yang mengajar anak Sultan Zainal Abidin III mengaji di istana Maziah seperti yang diperkatakan oleh anakanda Hj Wan Ngah iaitu Hjh Wan Kamariah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan