Kembali Laman Utama

Khamis, September 30, 2010

Rumah Tradisional Terengganu, Serambi Selasar





































































Bentuk rumah Melayu paling popular di Terengganu sebelum kedatangan pengaruh asing. Rumah ini mempunyai bumbung yang panjang dan melintang.Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar dan tebal di setiap hujung perabung.Terdapat beberapa bentuk rumah ini dengan berbagai nama berdasarkan ruang dan tiang. Jika rumah dibina atas enam batang tiang dikenali dengan rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. Jika terdapat dua unit rumah tiang enam yang bercantum dikenali dengan rumah bujang  atau rumah tiang enam berkembar. Jika didirikan di atas dua belas batang tiang dikenali dengan rumah berserambi atau rumah tiang dua belas dan jika ditambah empat batang lagi maka ia dikenali dengan rumah berserambi tiang enam belas. Di Terengganu, rumah berserambi biasanya menggunakan empat keping pemeleh di setiap hujung perabung. Jika menggunakan tiga keping pemeleh, ia dikenali dengan rumah berserambi selasar dan lantai ruang selasar lebih rendah daripada lantai serambi. Terdapat sebuah tangga yang menghubungkan serambi dan selasar dan antara selasar dengan tanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan