Bagi mereka yang tinggal di sekitar daerah Besut, Jabi bukanlah lokasi baru bagi mereka untuk menikmati sate.Keenakan sate Jabi menjadi tumpuan penduduk dari negeri ini setiap kali mahu menikmati sajian tersebut.Lokasinya di Kampung Baket, Jabi di mana terdapat tiga buah gerai yang menjual makanan itu.Pengunjung boleh memilih untuk ke gerai yang disukai memandangkan rasa dan keenakan setiap gerai berbeza.Terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu, pengunjung hanya perlu mengambil masa selama satu jam untuk ke kawasan tersebut. seorang pemilik gerai sate itu, Nurida Yunus, 42, pada mulanya suami dan ibu mertuanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja.gerai ini semakin popular sehingga setiap hari sebanyak 5,000 cucuk sate dijual dan sebanyak 45 kilogram nasi himpit ditanak,Di Gerai Sate Lanang, pelbagai pilihan sate ditawarkan seperti ayam, lembu, hati dan limpa dengan harga 40 sen secucuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan