Terengganu merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai makanan tradisi, tidak ketinggalan makanan seperti Chay Kuay Teow yang menjadi kegemaran penduduk di Terengganu. Chay Kuay Teow jika dilihat daripada namanya sudah tentu makanan yang asalnya resipi daripada orang masyarakat cina, Salah sebuah kedai yang amat popular disimpang Tok Ku ini yang telah berjaya diusahakan oleh beberapa orang anak melayu tempatan dengan jualan Chay Kuay Teownya. Terletak betul-betul disebelah simpang empat Jalan Sulatan Mohamad menuju ke giant Hypermarket. kedai ini dibuka sekitar pukul 6.00 petang ke 10:00 malam, resipinya Chay Kuay Teow menpunyai udang, Kerang dan lada jeruk yang sudah tentu membuka selera para pengemarnya. Harga sepinggan chaw Kuay Teow ini dalam linkungan RM4.50 ke 6.00 sepinggan. Disini terdapat kemudahan meletak kenderaan yang mudah di tepi jalan sebelah kedai jualannya. selamat mencuba.
View Larger Map
Tiada ulasan:
Catat Ulasan