Air yang tenang dengan suasana yang mendamaikan sudah tentu menjadi pilihan pengunjung untuk mengadakan aktiviti riadah dan perkhemahan. Salah satu tempat menarik perlu dikunjungi adalah tapak perkhemahan Kem Perda Persekutuan Pengakap Malaysia.Kem ini terletak dihulu terengganu berdekatan dengan jalan menuju ke Air Terjun Belukar Bukit. Kem Perda ini terletak di daerah Hulu Terengganu. Air sungai disini mengalir tenang dan sesuai untuk kanak-kanak mandi dan bermain. Kawasan sekeliling dikelilingi batu-batu sungai yang cantik ditambah dengan persekitaran hutan semulajadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan