Pura Tanjung Sabtu merupakan koleksi rumah-rumah kayu melayu Terengganu yang berabad lamanya, ianya terletak di kampung Tanjung Sabtu, 14 km dari pantai Timur Kuala Terengganu Malaysia.Seni bina ini ialah kediaman sendiri Tengku Ismail bin Tengku Su dan juga satu guesthouse untuk pengembara-pengembara yang mahu mengalami kehidupan desa Terengganu dan sedikit kemewahan diraja.Antara 1992 dan 1996,Tengku Ismail membeli kayu tradisional Terengganu dan dipasang semula menjadi rumah di kampung Tanjung Sabtu.Pura Tanjung Sabtu berkeluasan 14 ekar, menpunyai taman-taman dan kebun-kebun buah-buahan serta sungai Nerus.Tempat ini dibahagikan kepada dua bahagian, satu ialah kediaman sendiri Tengku Ismail, sementara yang satu lagi merupakan tempat pelawat berehat. Pelawat-pelawatyang memasuki melalui Balai atau dewan pintu masuk utama, Jika anda berminat untuk kesini mengunakan kereta dari Kuala Terengganu : dari jambatan Sultan Mahmud merentasi Pulau Duyong melalui bulatan Batu Enam. Belok kiri dan memandu kira-kira 1.2 km sehingga lampu isyarat. Pada lampu isyarat kedua belok kanan ke dalam Jeram. Selepas kira-kira 3 km anda akan menyaksikan masjid Tanjung Sabtu. Belok kanan melalui kampung itu , dan selepas 1 km anda akan menyaksikan laluan masuk utama membawa kepada Pura Tanjung Sabtu.Dengan bot dari Kuala Terengganu : anda boleh ambil sebuah bot (Bot Penambang) di jeti itu dekat pasar (dalam Chinatown Pasar Kedai Payang). Bot tersebut bertolak pada pukul 11.00 pagi. Minta anak perahu untuk ke Pura Tanjung Sabtu. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi: pusat maklumat pelancongan untuk mengemas kini dan mendapatkan maklumat yang lebih banyak dan terperinci atau terus sahaja menhubungi Tengku Ismail : tel.(+60) 9 615 3655 - HP(+60)19 948 4857 - fax.(+60) 9-615 5013 Email : jismails@puratanjungsabtu.com atau tismails@tm.net. di alamat : 5728 Kampung Tanjung Sabtu, Mukim Manir, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan