Di pesisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai Kampung Cina (China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama.Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu. Kuala Terengganu adalah satu bandar raya perdagangan maritim yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433. Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.
`TERENGGANU MAJU BESTARI 2020’
Matlamat Terengganu Maju ialah untuk menyempurnakan kesejahteraan rakyat dalam peningkatan taraf dan mutu kehidupan dalam kedua-dua aspek kebendaan dan spiritual dalam kerangka penghayatan Islam yang syumul dan bersepadu secara praktis. Manakala Terengganu Bestari adalah bermaksud untuk mewujudkan kemajuan berteraskan kecekapan melalui penggunaan ICT dan peningkatan teknologi dalam setiap komponen pembangunan dan pengurusan. Tiga ciri Terengganu Bestari yang telah dikenal pasti ialah: Pembangunan Insan, Mesra Teknologi dan Urus Tadbir Baik.
Lokasi di Malaysia |
Koordinat:5°20′0″N 103°9′0″E / 5.33333°N 103.15°E
Negara Malaysia
NegeriTerengganu
Status bandar raya
Kerajaan
- Datuk bandar
Datuk Mat Razali Kassim
Luas
- Jumlah
233.59 batu persegi (605 km²)
Penduduk (2009)
- Jumlah
396,433
- Kepadatan
1,529.21/batu persegi (590.51/km²)
Zon waktu
MST (UTC+8)