Kembali Laman Utama

Ahad, Julai 18, 2010

Keindahan Taman Burung, Tasik Kenyir



Tasik Kenyir merangkumi kawasan seluas 3800 hektar merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia. Terdapat banyak pulau yang terbentuk di sekitar tasik ini yang merupakan habitat untuk pelbagai spesis flora dan fauna yang menjadi tarikan utama sektor pelancongan.KETENGAH telah dipertanggungjawabkan untuk memajukan  sebahagian pulau-pulau yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan tetapi sebagai model untuk perancangan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi. Salah satu darinya ialah Pulau Terengganu Mati yang dicadangkan untuk di majukan sebagai Taman Burung Kenyir.Cadangan ini merupakan satu sumbangan objektif terhadap ekonomi dan sosial dalam keharmonian alam semulajadi. 



Pulau Terengganu Mati meliputi kawasan seluas 1.66 ekar. Keseluruhan pulau ini dilitupi dengan hutan hujan tropika yang tidak ternilai serta kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna yang sukar ditemui di tempat lain.Pulau ini terletak kira-kira 6 kilometer dari Pengkalan Gawi yang merupakan pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Pulau tersebut hanya boleh dihubungi melalui jalan air.Setiap pembangunan di pulau tersebut perlu mengambil kira semua keadaan seperti cuaca dan perhubungan. Keluasan tasik membolehkan penggunaan bot-bot yang lebih ekslusif serta pesawat amphibian boleh diperkenalkan.


    Objektif untuk pembangunan Taman Burung Kenyir;
    Pemeliharaan alam semulajadi. Implikasi terhadap alam sekitar akan dikenal pasti bagi meminimumkan gangguan terhadap flora dan fauna.
   Tarikan alam semulajadi akan digunakan seperti membuat sarang tiruan dan ‘feeding station’ bagi menarik burung liar.
   Tarikan buatan; ‘Walk-In-Aviary’ akan menggunakan konsep santai dimana pengunjung dapat melihat burung secara lebih dekat.
   Pembangunan sokongan seperti makmal dan pusat penetasan dijadikan mekanisma pelengkap taman
    Pembinaan Taman Burung Kenyir akan membantu menjana ekonomi penduduk setempat dan negeri Terengganu secara makronya.

Elemen - elemen dalam Taman Burung Kenyir di rekabentuk dengan mengambil kira elemen asal Pulau Terengganu Mati yang berada di kawasan alam semulajadi yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna, kemudian di adaptasi menjadi sebuah taman yang ‘versatile’.
           Jeti Pengunjung
           Bangunan Utama
           ‘Walk-In-Aviary’
           Exhibit Enggang
           Exhibit Burung Pemangsa
           Blok Penyelenggaraan
                - Sub-Stesen TNB.
           Surau 


Lokasi



View Larger Map

Berita Semasa
HULU TERENGGANU: Kemudahan pelancongan di Tasik Kenyir bakal dinaikkan taraf sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pelancong domestik terutama yang membawa keluarga bercuti di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Datuk Rosol Wahid. Beliau berkata, ketika ini Tasik Kenyir amat dikenali sebagai ‘Syurga Pemancing’ memandangkan kaya dengan pelbagai spesies ikan dan hanya dikunjungi kumpulan kaki pancing yang mahukan keseronokan bertarung bagi menewaskan ikan toman mahupun sebarau.“Kita cuba untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap Tasik Kenyir. Sebagai langkah awal kerajaan negeri menerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) kini sedang memajukan Taman Burung, Taman Rama-rama dan beberapa sukan air yang dikenal pasti mampu disertai semua lapisan umur pengunjung.“Pada masa yang sama kita juga sedang membaik pulih beberapa kemudahan seperti tapak perkhemahan bagi membolehkan orang ramai membawa keluarga masing-masing berkhemah di dalam hutan. Begitu juga denai-denai untuk memudahkan orang ramai bergerak menikmati pemandangan serta mengenali flora serta fauna yang terdapat di tasik ini,” katanya ketika turut serta dalam Xplorasi Media ke Tasik Kenyir 2010, baru-baru ini.Hasil pembentukan Tasik Kenyir terdapat kira-kira 340 pulau kecil yang turut meliputi 14 air terjun, sungai serta arus deras. Di dalam hutan berkenaan terdapat lebih 8,000 spesies bunga, kira-kira 2,500 pokok dan tumbuh-tumbuhan, 800 spesies orkid serta 300 kulat dan cendawan.Turut mendiami kepulauan Tasik Kenyir ialah lebih 1,000 spesies rama-rama, seranggang kecil, 370 spesies burung seperti kenyalang, helang, merpati, merbuk, punai, tiong dan lain-lain. Begitu terdapat santuari gajah, harimau, beruang, rusa, kancil, harimau bintang dan ular yang boleh dilawati orang ramai.Manakala dua gua iaitu Bewah dan Taat yang dimajukan KETENGAH kini boleh dimasuki orang ramai untuk melihat melihat lebih dekat kejadian stalaktait serta stalagmait di dalamnya. 
petikan dari : The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan