Asal-usul kampung Seberang Takir pada masa dahulu dikatakan berdasarkan hukum Islam dengan mengenakan hukum hudud pada penjenayah.nama seberang Takir diberi dikatakan SEBERANG iaitu mereka- mereka dari bandar Kuala Terengganu terpaksa menyeberang sungai untuk kekampung sebelah,Pada masa tersebut tiada jambatan.Apabila sampai ketempat yang dituju,penjenayah tersebut akan diTAKIR (makna= tetak/potong) anggota badan tertentu mengikut kesalahan.Sebab itu dipanggil SEBERANG TAKIR.Kisah ini telah aku hantar pada satu badan penyelidik sejarah Negeri Terengganu pada tahun 1975.Kampung ini merupakan kawasan perkampungan nelayan memungah hasil-hasil tangkapan laut untuk dijual kepada peraih. anda bolehlah mengunjungi Kampung ini untuk merasai sendiri pengalaman melihat hasil tangkapan dipungah, tempat pembuatan belacan, keropok lekor, dan pembuatan jala dan pukat.
View Larger Map
Tiada ulasan:
Catat Ulasan