Hutan Lipur Lata Payung terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, Daerah Besut yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita temui terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini. Pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan. Terletak 25 km dari Pekan Seri Langkap melalui Jalanraya Pekan Seri Langkap-Lata Payung, 65 km dari Bandar Kuala Terengganu. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Seri Langkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan