Air Terjun Sekayu terletak di Hutan Rekreasi Sekayu, kuala Berang.Untuk sampai ke sini, pengunjung boleh melalui jalan kuala Terengganu ke Kuala Berang sejauh 56km dan mengambil masa selama 45 minit.Air Terjun Sekayu amat popular dikalangan pelancong yang datang ke Terengganu kerana mempunyai air terjun tujuh tingkat. Pada musim tengkujuh khususnya, dari jauh pengunjung dapat mendengar deruman air terjun yang jatuh dari puncak bukit.selain mandi-manda,pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain seperti 'jungle trekking', berkhemah,memancing dan melawat Taman Herba,Mini Zoo, Taman Burung,dan Taman Orkid yang berhampiran. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat penginapan dan rumah rehat dengan harga yang berpatutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan