Bangunan berbentuk Rumah limas berbungkus dua tingkat (Rumah Gedung)yang tersergam di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu telah menjadipejabat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu sejak bulan April tahun 1986.Bangunan lama ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bangunan ini didirikan di atas tanah seluas 0.174 ekar (0.070 hektar) Lot No. 437 mukim Bandar Kuala Terengganu. Bangunan ini di kenali juga dengan nama bangunan lama Majlis Perbandaran Kuala Terengganu.Setakat yang di ketahui bangunan ini berusia hampir seratus tahun. Menurut sejarah bangunan ini asalnya kepunyaan Tengku Teh Dungun, isteri kepada Allahyarham Tengku Seri Bijaya Raja ( Tengku Chik Ahmad Bin Abdul Rahman ) bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu kedua yang memegang jawatan itu dari 1.8.1924 hingga 8.2.1929.Bangunan ini pernah menjadi Pejabat Hal Ehwal Agama Kuala Terengganu pada tahun 1937 hingga 1938 dan menjadi Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Terengganu pada tahun 1946 hingga tahun 1979.
Gambar-gambar bangunan lama bumbung limas Terengganu. Sumber : Muzium Negeri Terengganu.
Bangunan ini di perbuat daripada konkrit, batu bata, kapur dan bahan-bahan pelekat putih telur. Terdapat ukiran-ukiran timbul daripada konkrit dan ukirankayu pada bahagian atas pintu, jendela dan tangga.Pada tahun 1986, kerajaan negeri telah bersetuju menyerahkan bangunan ini kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu.Di tingkat atas bangunan ini terdapat ruang pejabat Persatuan Sejarah, ruang pameran gambar-gambar bersejarah dan tempat aktiviti-aktiviti dan ceramah-ceramah sejarah di adakan.Di ruang perpustakaan di sediakan buku-buku sejarah,tesis, kertas kerja seminar sejarah dan jurnal-jurnal sejarah untuk rujukan ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu dan orang awam. Jumlah buku yang ada di perpustakaan ini seperti pada 1 september 2002 ialah sebanyak 1,912 judul. Perpustakaan di buka pada hari bekerja waktu pejabat.Persatuan Sejarah telah meminjamkan sebahagian ruang tingkat bawah bangunan ini kepada Persatuan Sasterawan Terengganu ( PELITA ) untuk di jadikan pejabat.Kini bangunan tersebut telah menjalankan kerja-kerja konservasi supaya bangunan ini utuh dan kekal sebagai bangunan sejarah Terengganu.Dibawah terdapat gambar sebelum dan selepas konservasi oleh Persatuan Sejarah Malaysia
View Larger Map
Tiada ulasan:
Catat Ulasan