Diklasifikasikan sebagai Pulau Taman Laut.
• Gugusan Pulau Redang merangkumi 9 buah pulau antaranya Pulau Pinang, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil dan beberapa pulau kecil.
• Pulau Redang mempunyai penduduk seramai 1,200 orang dan had tampungan maksimum (‘Carrying Capacity’) perlu dikaji semula.
• Gunatanah utama adalah kawasan hutan, kawasan pelancongan dan petempatan.
• Tumpuan kawasan petempatan adalah di sekitar Kuala Redang dan Ulu Redang.
• Pusat-pusat pelancongan tertumpu di sekitar Teluk Siang, Teluk Dalam, Pasir Panjang dan Telok Kalong.
• Tarikan utama Pulau Redang adalah keindahan terumbu karangnya yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia, tempat pendaratan dan pembiakan penyu di Pasir Cagar Hutan, Pasir Mak Kepit dan Pasir Mak Simpan, burung layang-layang yang terdapat di sekitar Tanjung Gua Kawah dan Tanjung Batu Tok Kong, keindahan pantai dengan pasir yang memutih.
• Pulau Redang berpotensi untuk menarik pelancongan yang bersifat ‘high yield’ daripada aktiviti seperti snorkelling, scuba diving dan sport fishing (dibenarkan diluar kawasan taman laut iaitu dengan radius 3.2km dari Pulau
Redang)
• Sistem pengangkutan utama adalah dengan menggunakan pengangkutan laut seperti bot. Terdapat 2 buah jeti beroperasi di pulau ini, iaitu di Kuala Sungai Redang dan Pulau Pinang.
• Sumber bekalan air adalah dengan menggunakan sumber air bawah tanah dan bekalan air bersih dari paip air dasar laut yang di hubungkan dari Merang.
• Sistem pelupusan sampah di pulau ini masih lagi tidak terurus dan berlaku secara terbuka. Bagi memastikan ekologi pulau terpelihara dan mempunyai imej pelancongan yang baik sebuah stesen pindah adalah di cadangkan di pulau ini sebelum sisa pepejal tersebut di bawa ke tanah besar untuk di lupuskan. (Kajian terperinci cadangan ini perlu di lakukan untuk memastikan kesesuaian tapak dan kesan cadangan ini terhadap alam sekitar.)
• Memandangkan pulau ini merupakan pulau taman laut, aktiviti yang di benarkan di pulau ini tertakluk kepada Akta Perikanan 1985 dan sebarang pembangunan yang ingin di jalankan perlu mematuhi piawaian perancangan fizikal pulau-pulau yang di tetapkan.
Lokasi:
Lokasi:
View Larger Map
Tiada ulasan:
Catat Ulasan