Negeri Terengganu telah menetapkan matlamat utama pembangunan pelancongan iaitu menyediakan infrastruktur pelancongan yang baik, membangun serta mempromosi dan memasarkan produk dan aktiviti-aktiviti pelancongan secara sistematik, bersepadu dan lebih berkesan berteraskan dimensi keindahan alam semula jadi, kemurnian tradisi dan kecantikan warisan.
Negeri Terengganu kaya dengan sumberjaya pelancongan semula jadi dan warisan budaya yang unik. Selain daripada mempunyai sejarah keagungan Islamnya, ia juga memiliki gugusan pulau-pulau yang menarik dan tersohor, pantai putih yang bermula dari Besut hingga ke Kemaman, hutan tropika yang kaya dengan flora dan fauna, tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan warisan budaya Melayu Pantai Timur yang tersendiri. Bagi mengoptimumkan sumber-sumber dan hasil dari produkproduk sedia ada, sektor ini perlu disusun semula secara bersepadu dan diperkukuhkan dari aspek-aspek yang mampu memberi sumbangan yang lebih positif .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan