Sektor pelancongan kini dikenalpasti sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi Negeri Terengganu selain daripada sektor perindustrian yang berasaskan petro-kimia, pertanian dan perikanan. Oleh itu, pelbagai usaha penggalakan pelancongan sama ada pembangunan produk-produk baru, naiktaraf kemudahan sokongan pelancongan dan usaha pemasaran yang agresif perlu dilaksanakan. Di samping menyumbang kepada ekonomi tempatan, pembangunan pelancongan juga berpotensi untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara daerah-daerah dalam Negeri Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan