Kembali Laman Utama

Khamis, September 30, 2010

Rumah tradisional Terengganu, Rumah Tele




















































































Perkataan TELE bererti bangunan atau rumah di bahagian belakang yang bersambung dengan istana yang dikhaskan untuk kaum perempuan. Rumah Tele ini telah dibina kira-kira awal tahun 1888 oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III dalam kawasan Istana Maziah. Rumah Tele yang dibina dalam bentuk tradisi bangunan Melayu Terengganu ini mengandungi 80 keping dinding kayu berkembung, 24 keping bersobek, 24 keping dinding diukir dengan ayat Al-Quran dan 4 keping dinding di atas pintu besar berukir dengan Syair Burdah.Raja Rama V Chulalongkorn, Raja Thailand dengan pengiring-pengiringnya pernah beristirehat dalam bangunan ini semasa lawatannya ke negeri Terengganu pada bulan September 1888. Penghuni utama bangunan ini ialah Cik Khalthum Binti Haji Daud salah seorang isteri Baginda Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III dan kemudiannya menjadi tempat kediaman dua puteri Baginda iaitu Tengku Nik Hajjah dan Tengku Ngah Hajjah.Bangunan ini didirikan semula di atas tapak di Jalan Negara, Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 19hb. Mac 1970 (12hb. Muharram 1390 H) dalam satu upacara ringkas. Ini dapat dijayakan dengan usaha Tan Sri Datuk Mubin Sheppard Al Haj dan sumbangan Eastern Mining & Metals. Co. Ltd.Pada 6hb. Julai 1987, bangunan ini telah didirikan semula di atas tapak yang ada sekarang dalam kawasan Kompleks Muzium Negeri Terengganu di Kampung Bukit Losong, Kuala Terengganu. Bangunan ini diletakkan di bawah kawalan Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan menjadi satu bahan warisan sejarah negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan