Kembali Laman Utama

Khamis, September 30, 2010

Keunikan Ukiran Terengganu Di Kampung Laut

































Keunikan ukiran Terengganu memang tidak dapat dipertikaikan lagi, Satu seni tangan yang amat halus dan cantik sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Masyarakat Terengganu dahulunya menganggap seni ukiran sebagai satu hiasan bagi menunjukkan kehebatan mengukir masing-masing. Rumah pada zaman dahulu dipenuhi ukiran bukan sahaja cantik malah membantu pengudaraan semulajadi masuk terus kedalam rumah supaya rumah tidak panas dan selesa didiami.terdapat pelbagai ukiran yang indah dilihat antaranya ukuran tebuk terus,tebuk separuh,tebuk timbul  yang popular kerana ianya seolah daun menjalar yang melekat pada kayu-kayan dan timbul membentuk ikatan yang antara satu-sama lain.Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ; Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang)Jika anda berminat melihat bagaimana ukiran di Terengganu dihasilkan, Bolehlah datang ke kampung Laut terengganu. Jika anda dari Kula Ibai lebih kurang 20 ke 10Km untuk sampai ke Kampung Laut. Banyak yang boleh dilihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan