Kembali Laman Utama

Khamis, September 30, 2010

Taman Awam Bandar Marang


















Pemandangan perkampungan nelayan di Sungai Mercang dekat sini sememangnya cukup mendamaikan terutama bagi mereka yang mencintai keindahan alam semula jadi.Orang yang menyusuri sungai berkenaan dengan bot dapat menyaksikan pemandangan yang menyejukkan mata memandang selain berpeluang melihat aktiviti nelayan tradisional menangkap ikan.Di sepanjang sungai itu terdapat lebih 100 nelayan aktif, kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berumur melebihi 50 tahun. Menangkap pelbagai hasil laut menjadi mata percarian mereka sejak turun-temurun.Suasana keriuhan pagi dan petang di Sungai Mercang cukup seronok untuk diikuti apatah lagi ketika nelayan membawa pulang hasil tangkapan mereka.Sekiranya berada di Marang, pengunjung jangan sekali-kali lupa bersantai di Taman Awam Marang yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti taman permainan, pondok rehat, trek jogging dan kerusi rehat.Bagi yang inginkan ketenangan sambil berekreasi bersama keluarga, Taman Awam Marang mungkin menjadi destinasi pilihan yang sesuai.Terletak di Waterfront Marang, taman awam yang menghadap Sungai Marang itu menjanjikan pemandangan yang indah dengan Pulau Kapas kelihatan sayup-sayup dari kejauhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan