Bazar ramadan merupakan pilihan utama penduduk di terengganu untuk membeli juadah berbuka puasa, terdapat pelbagai aneka pilihan makanan yang menjanjikan keenakan yang tersendiri, termasuk kuih-muih. Pada sebelah malam pengunjung dapat menikmati keindahan malam dengan membeli-belah pakaian untuk berhari raya dan kuih-muih untuk dihidangkan pada hari raya aidifitri. Kemeriahan dapat dirasai dengan kesesakan orang berpusu-pusu datang untuk turut sama membeli dengan keluarga masing-masing. Jika anda mahu merasainya sendiri datanglah melawat Terengganu sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan