Kembali Laman Utama

Khamis, September 02, 2010

Daerah-daerah di Terengganu


Daerah Besut 

Daerah Besut merupakan pintu masuk utama ke Negeri Terengganu dari utara yang membawa hubungan langsung dengan Negeri Kelantan(Wilayah) dan Thailand (Serantau). Faktor ini dilihat sebagai potensi terutamadalam meningkatkan kerjasama pembangunan bersempadanan danserantau. Daerah

ini mempunyai kekuatan dari segi pelancongan pantai danpulau, sumber kayu balak, hasil hutan, hasil laut, perikanan akuakultur dantanaman padi selain mempunyai potensi dalam mempertingkatkan aktiviti IKSberasaskan hasil tani, perikanan dan perkayuan dengan penwujudanLembah Agro. Industri keropok keping yang tertumpu di Kuala Besutmempunyai potensi yang besar di mana haruslah diketengahkan dan disusundi suatu penempatan khas yang dilengkapi dengan infrastruktur serta menjadikannya ODOI.Walau bagaimanapun, infrastruktur pemasaran yang lemah,kekurangan modal dan sumber kewangan dan kekurangan tenaga mahir merupakan salah satu kelemahan dan cabaran yang dihadapi oleh daerah ini dalam mengeluar dan memasarkan hasil keluarannya. Pada masa kini,daerah Besut masih mempunyai kemudahan infrastuktur yang kurang berbanding dengan daerah-daerah lain terutama Kuala Terengganu,Marang, Dungun dan Kemaman. Walaupun jaraknya yang agak jauh dari Kuala Terengganu, kedudukannya yang hampir dengan Negeri Kelantan dan Kota Bharu memberi kelebihan dalam banyak aspek seperti perhubunganudara (Lapangan Terbang Sultan Ismail), tumpuan pusat perdagangan bagibarangan permintaan tinggi dan dalam sektor perkhidmatan.Daerah Besut mempunyai kelebihan dengan penaikkan taraf Kampung Raja sebagai Pusat Seni Ukir. Pemilihan ini adalah ekoran adalah lahirnya ramai pengukir terkemuka seperti Wan Su, Tengku Ibrahim, Rohaizaddan banyak lagi. Cadangan pusat seni ukir ini melibatkan kawasan seluas 3.5hektar berhampiran dengan Istana Lama Tengku Long. Pusat ini jugabertindak sebagai pusat penyelidikan bagi seni ukir tradisional Melayu disamping melatih para pengukir baru. Tg. Demong, Besut terkenal sebagai pusat penternakan ikan air payau yang terbesar di Malaysia di mana mampu meningkatkan potensi daerah ini dengan penggunaan teknologi moden iaitu melalui sistem pengairan dan kolam-kolam yang dibuat secara konkrit bagi menjimatkan tanah dan kestabilan alam sekitar. 

Daerah Setiu 
Daerah Setiu merupakan salah sebuah daerah baru yang kurang maju di Negeri Terengganu. Sumber ekonominya banyak bergantung kepada kayu balak dan hasil hutan, hasil laut dan akuakultur, hasil tani dan juga pelancongan pantai. Namun demikian, kelemahan dalam aspek pemasaran serta kekurangan tenaga mahir telah menyebabkan sumbersumber tersebut tidak dapat dikembangkan dengan sewajarnya di samping jumlah penduduknya yang rendah dan bertaburan. Daerah ini berpeluang untuk mengadakan aktiviti hiliran khususnya pertanian makanan dan perikanan dengan cadangan pembentukan lembah agro. 

Daerah Kuala Terengganu 
Kuala Terengganu berfungsi sebagai pusat pentadbiran danperkhidmatan utama Negeri Terengganu. Oleh yang demikian, iamempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti jaringan jalanraya,lapangan terbang negeri yang akan dinaiktaraf, serta jumlah penduduk yang ramai. Faktor ini telah memberikannya kelebihan berbanding dengan daerah-daerah lain. Walau bagaimanapun, kekurangan tampungan penduduk di daerah ini memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi. Faktor ini telah memberikannya kelebihan berbanding dengan daerahdaerah lain. Pembangunan ekonomi di Kuala Terengganu banyak dikuasai oleh sektor-sektor perkhidmatan seperti pelancongan tradisi dan warisan, perdagangan, institusi kerajaan dan kewangan selain dipengaruhi oleh sector pertanian, perikanan dan perkilangan. Pembangunan ini dijangka akan lebih rancak setelah siapnya Laluan Timur Barat II dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) fasa II. Pembinaan LPT secara langsung akan menyebarkan pembangunan di daerah ini ke daerah-daerah yang kurang maju seperti Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu dan kawasan pelancongan terutamanya Pulau Redang dan gugusannya. 

Daerah Marang 
Kedudukan daerah ini yang bersempadan dengan daerah Kuala Terengganu banyak memberikan kelebihan terutama melibatkan pembangunan kemudahan infrastruktur dan fizikal. Projek menaiktaraf lapangan terbang di Kuala Terengganu dan beberapa projek pembangunan institusi dan perdagangan secara tidak langsung turut memberi kesan ke atas corak pembangunan daerah Marang. Manakala dari segi sumber-sumber dalaman pula ianya kaya dengan hasil laut dan pelancongan selain mempunyai potensi untuk mengembangkan sektor IKS dan industry kraftangan. Di samping itu, kedudukannya yang berjiran dengan daerah Kuala Terengganu memberi potensi untuk berkembang berdasarkan trend pertambahan permohonan mendirikan bangunan dan projek perumahan. 

Daerah Hulu Terengganu 
Sebahagian besar keluasan bagi daerah Hulu Terengganu adalah merupakan hutan dan kawasan pertanian. Faktor ini telah member sumbangan utama dalam menjana ekonomi daerah melalui sumber kayu balak dan hasil hutan. Sumber-sumber tersebut juga mampu membuka peluang kepada sektor IKS seperti perabot dan perkayuan untuk pasaran dalam dan luar negeri. Prospek daerah ini juga adalah dalam konteks hubungan dengan luar di mana apabila Laluan Timur Barat II digunakan kelak, ia akan berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Negeri Terengganu melalui barat iaitu Ipoh dan Gua Musang. Selain itu, daerah Hulu Terengganu juga berpotensi bagi pembangunan pusat pertumbuhan baru yang bakal berfungsi sebagai bandar institusi pendidikan dan bandar pelancongan yang melibatkan pelancongan di Tasik Kenyir. Kajian Rancangan Struktur Negeri Terengganu telah melihat potensi Kuala Jeneris bagi tujuan tersebut berdasarkan lokasinya yang strategik. Daerah Hulu Terengganu turut dicadangkan sebagai sebahagian daripada lembah agro yang akan mengeluar dan memasarkan hasil tani berasaskan makanan. 

Daerah Dungun 
Daerah Dungun dilihat sebagai salah satu daerah yang berpotensi untuk mempromosikan eko lancong kerana ia kaya dengan sumber hutan semulajadi termasuk penemuan pokok besar di Cemerong dan cadangan taman negeri. Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur dilihat sebagai berpotensi untuk daerah ini memasarkan produk pelancongan tersebut selain daripada pelancongan pantai. Selain itu, daerah ini turut bergantung kepada sector industri perabut, hasil tani dan sumber kayu serta rotan yang dilihat boleh diperluaskan lagi pasarannya ke peringkat antarabangsa. Daerah ini juga menjadi tumpuan pembangunan institusi pendidikan seperti dengan wujudnya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa institusi latihan yang berupaya menawarkan pekerja mahir dan separuh mahir terutama dalam sektor perindustrian yang merupakan sebahagian daripada kawasan petrokimia negara di Paka (LPG Santong) yang memberi kesan positif kepada pertumbuhan kawasan selatan daerah Dungun. 

Daerah Kemaman 
Kekayaan sumber petroleum dan gas asli menjadikan daerah ini antara daerah penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Daerah ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lengkap bagi perhubungan laut dan udara seperti Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kerteh dan Lapangan Terbang Kerteh (LTK) dan laluan keretapi daripada pelabuhan Kuantan ke kawasan petrokimia Kerteh. Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur juga memberi prospek kepada daerah ini dalam mewujudkan zon perindustrian baru selain mengembangkan kawasan perindustrian sedia ada. Walau bagaimanapun, penglibatan penduduk tempatan adalah kurang terutama dalam sektor perkilangan serta terlalu bergantung kepada pelabur asing dan pekerja mahir dari luar Malaysia. Kedudukan Kemaman yang bersempadan dengan Kuantan-Gebeng telah memberi persaingan kepadanya untuk berkembang dan menarik pelabur untuk datang melabur di samping penduduknya lebih tertumpu ke bandar Kuantan untuk mendapatkan perkhidmatan dan barangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan