Hutan Lipur Jambu Bongkok merupakan hutan lipur yang kaya dengan keunikan pokok'balau pasir','pokok gelam', dan juga tanah beris yang jarang ditemui di hutan lipur lain. Lokasinya yang strategik iaitu berhampiran dengan dengan jalan raya dan berdekatan dengan kawasan pelancongan terkenal Rantau Abang.Hutan Lipur Jambu Bongkok menpunyai infrastruktur seperti pejabat pengurusan, padang kawat,chalet, termasuk untuk VIP dan pelbagai kemudahan lain. Pengurusan kem ini adalah di bawah tanggungjawab Persatuan Pengakap Terengganu dan Jabatan Perhutanan Terengganu.Tidak seperti hutan-hutan simpan yang lain, Hutan Simpan Jambu Bongkok di sini merupakan kawasan hutan rendang dengan tanah mendatar yang mudah dimasuki.Ia mempunyai keistimewaannya tersendiri yang menjadi daya tarikan malah kedudukannya tidak jauh dari Pantai Rantau Abang dan mudah dijengah dari jalan utama turut memberikan kelebihan.Hutan Simpan Jambu Bongkok merupakan antara tiga hutan simpan tanah rawan atau beris yang masih wujud di Semenanjung.Ia juga menjadi 'rumah' kepada beberapa jenis pokok yang tidak mungkin ditemui di hutan simpan dan ini turut menjadi tarikan kepada hutan simpan seluas 700 hektar itu.Walaupun spesies pokok-pokok di hutan simpan itu tidaklah berusia sehingga beratus-ratus tahun namun ia masih unik dan menarik.Pokok-pokok rendang meredup dan angin pantai menambahkan ketenangan, menjadikannya sebagai pilihan bagi pelbagai pihak untuk mengadakan aktiviti meneroka hutan, perkhemahan dan lain-lain kegiatan rekreasi.Selain calet, kawasan untuk berkhemah disediakan tanpa dikenakan sebarang bayaran, membolehkan mereka yang berminat untuk 'berkampung' beberapa malam di sana.Para pengunjung juga boleh menikmati kemudahan lain seperti jambatan gantung, pondok maklumat dan lorong pejalan kaki.
View Larger Map
Tiada ulasan:
Catat Ulasan