Kembali Laman Utama

Khamis, Oktober 07, 2010

Jom memancing di Tasik Kenyir



























































Anda meminati aktiviti memancing? satu destinasi yang perlu anda kunjungi iaitu di tasik kenyir, disini terdapat pelbagai spesis ikan air tawar yang pastinya memuaskan hati para pemancing. tasik ini juga dikatakan menyimpan pelbagai khazanah ikan air tawar yang jarang ditemui antaranya ikan Naga atau 'Arapaima Gigas' yang dikatakan ikan terbesar yang mendiami tasik ini. jika anda kesini anda tidak perlu risau terdapat kemudahan bot-bot untuk menjalankan aktiviti memancing ini. bot-bot ini telah dikhaskan dan boleh disewa dalam pelbagai harga mengikut keperluan dan kelengkapan yang disediakan didalamnya. 


Tasik Kenyir menpunyai 340 buah pulau di tengah tasik, 14 air terjun, beberapa jeram serta sungai, Tasik Kenyir sememangnya menyimpan ribuan khazanah alam yang berharga.hutan hujan yang menyumbangkan kesegaran oksigen di Tasik Kenyir turut menjadi habitat bagi pelbagai hidupan flora dan fauna. Tasik Kenyir dan belantara di sekelilingnya menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.Pengunjung Tasik Kenyir boleh menyertai aktiviti memancing, berkayak, meredah hutan atau melawat santuari kelah.Taman orkid, taman tropika, taman rama-rama dan taman burung akan dibangunkan di beberapa lokasi berhampiran.

Cadangan Penginapan
Lake Kenyir Resort & Spa - tel:09-6668888
Petang Island Resort - tel: 09-6221276
Kenyir Santuary Resort - tel: 09-6266106
Remis Rakit - tel: 09 6812125
Lake Land Resort - tel: 0192782939
Uncle John Resort - tel: 096262020
Ping Anchorage Travel & Tours - el: 09 6262020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan