Kembali Laman Utama

Ahad, Oktober 10, 2010

Keropok Keping, Kg Pengkalan Star






















































Pernahkah anda melihat bagaimana keropok keping dihasilkan? Tg Hairul Tg Mohd berusia 33 tahun merupakan pengusaha muda yang bergiat cergas dalam penghasilan keropok keping diTerengganu. Beliau menpunyai 4 orang pekerja terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Katanya modal permulaan untuk memulakan perniagaan ini adalah antara RM14,000 ke RM20,000 termasuk premis perniagaan. Keropok Keping ini dihasilkan mengikut peringkat-peringkat tertentu bagi menghasilkan keropok keping terbaik. Ikan yang bermutu dan segar digunakan iaitu ikan Tamban, ikan tersebut akan dipotong kepala serta ekornya dan kulitnya disiat dengan menggunakan tangan. Isi ikan yang siap diasingkan digaul dengan ajinomoto dan garam. Seterusnya isi ikan akan digelek atau diuli dengan campuran sagu dan dibiarkan semalaman bagi tujuan perapan. Keesokanya, Isi ikan yang siap diuli direbus dan dipotong menggunakan mesin khas. Proses seterusnya adalan menjemur kepingan keropok di tengah panas cahaya matahari sehingga kering. Beliau mengeshorkan keropok yang terbaik menpunyai isi ikan segar dan banyak, keropok yang baik juga tahan selama 2 bulan selepas daripada itu ianya akan kelihatan merah dan kurang bermutu. Keropok keping yang dipotong dibahagian tepi dibungkus asing dan memerlukan 2 hari proses pengeringanya, ini kerana isinya agak tebal berbanding keropok keping yang dipotong mesin. Beliau telah membuka premis perniagaan ini selama lebih setahun dan memasarkan produknya disekitar Terengganu,Kuala Lumpur serta Johor malah ke luar negara termasuk Australia. Untuk tempahan bolehlah datang sendiri di alamat Pengkalan Tokdeng Enterprise,1639-A kg pengkalan star, Gelugor 20050 Kuala Terengganu. Tel: 019-9272897

Tiada ulasan:

Catat Ulasan