Kembali Laman Utama

Khamis, Oktober 07, 2010

Kemeriahan Taman Awam Shahbandar








Bazar Taman Awam Shahbandar merupakan bazar yang beroperasi hampir setiap hari bagi tujuan memeriahkan suasana tempat rekreasi tersebut dengan kunjungan pelancong-pelancong asing dalam dan luar negeri membeli barangan tempatan untuk dibawa pulang. Bazar ini menjual pelbagai barangan tempatan yang mampu beli dengan harga yang berpatutan. jika anda berkunjung kesini bolehlah bersiar-siar sambil membeli di tepi 'Waterfront' taman ini dengan angin yang mendamaikan dan suasana nelayan yang memukau mata. Disini terdapat gerai-gerai cenderahati, tapak espo, dan seringkali terdapat artis undangan datang membuat persembahan termasuk persembahan kebudayaaan Terengganu. Anda yang datang dari jauh tidak perlu bimbang untuk mencari tempat penginapan kerana sekitar tempat ini terdapat banyak hotel-hotel yang menawarkan penginapan yang selesa dan berpatutan.Jika anda berminat bolehlah mencari tempat penginapan dengan membuka menu (hubungi) diatas untuk maklumat hotel atau tempat penginapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan