Memorial ini didirikan dengan tapak asal penemuan Batu Bersurat terengganu. Pembinaanya adalah bertujuan memperingati penemuan Batu bersurat oleh orang-orang kampung pada tahun 1887. Ada juga yang mengatakan bahawa Batu Bersurat ditemui oleh seorang pedagang Arab bernama said Husin Bin Ghulam Al-Bokhari yang datang dari Riau,Indonesia pada tahun 1902. Batu Bersurat ketika ditemui, dikatakan telah dijadikan sebagai tempat pengalas kaki untuk naik ke surau. Tulisan yang terpahat di batu tersebut merupakan pengistiharan undang-undang Islam,yang ditujukan kepada pemerintah dan rakyat negeri Terengganu pada kurun keempat belas Masihi, dengan penemuan Batu Bersurat ini jelas membuktikan bahawa agama Islam telah berkembang di negeri Terengganu dan telah menjadi agama rasmi negeri ini pada tarikh tersebut. Walaupun tulisan Batu Bersurat bertarikh 1303 Masihi, ada kemungkinan bahawa agama Islam telah disebarkan dinegeri ini lebih awal iaitu satu abad sebelumnya.Tulisan yang terpahat pada batu Bersurat ini dipercayai yang tertua pernah ditemui dinegera ini,Bahasanya merupakan campuran bahasa melayu lama, sanskrit dan bahasa Arab. memorial ini berbentuk empat segi sama berukuran 11400cm x 11400cm dan bertingkat tiga belas. Ia telah dibina pada bulan oktober 1989 dan siap pada tahun 1990 di atas lot tanah seluas 6.12 ekar. Memorial ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Amar Diraja Tan sri Haji Wan Mohktar Bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada 13hb. April 1992.Batu Bersurat telah dialihkan ke Muzium Neger.untuk kesini pengunjung perlu melalui 50 km dari Kuala Terengganu, 115km dari Kota Bahru 150 km, atau Kuantan 3km dari Kuala Berang.bagi pengunjung yang ingin mendapatkan penginapan bolehlah menhubungi:
Warisan Pahlawan Resort
No22, kampung Pauh,
21700 Kula Berang,
Hulu Terengganu.
Tel/Fax:09-6817751.
H/p: 019-9818179 / 013-9715068 / 012-9223450
Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542
Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 013-9267711, 09-6818280
Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt.23,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Laman Web: http://www.anggerikimpian.com
Emel: anggerik.impian@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan