Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir atau lebih dikenali dengan nama Empangan Kenyir terletak di Kampung Jenagor, Hulu Terengganu. Jaraknya 13 kilometer dari bandar Kuala Berang. Pembinaan empangan ini menyebabkan terbentuknya Tasik Kenyir iaitu tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.Empangan ini mula dibina pada tahun 1978 dan siap pada 1985 serta dirasmikan pada tahun 1987. Ketinggian empangan ini adalah 150 meter dengan lebar 800 meter. Empangan ini merupakan empangan yang terbesar di Semenanjung Malaysia.Empangan Hidroelektrik Kenyir atau Stesen Janakuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Disini disediakan pondok rehat,surau dan tempat berkelah dengan air terjun semulajadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan